BYOD?
Istilah BYOD adalah dari kata "Bring Your Own
Device" atau “Membawa Peranti
Anda Sendiri”. Apakah yang dimaksudkan dengan BYOD? Hubungkaitnya
dengan pekerjaan, BYOD boleh ditafsirkan bahawa kita sebagai pekerja di
sesebuah firma boleh menggunakan peranti-peranti milik kita sendiri
seperti telefon pintar (smartphone),
tablet, atau komputer riba (laptop) untuk
mengakses data-data pejabat atau organisasi.
Biasanya,
dalam sesebuah organisasi mestilah terdapat bahagian Teknologi Maklumat (IT) dimana
akan menguruskan segala rangkaian Internet dan keselamatannya. Sebagai contoh,
data-data ini hanya boleh diakses oleh kakitangan bahagian IT sahaja, data-data
ini hanya boleh dilihat dan dibuka menggunakan kata laluan khas (password)
yang diberikan kepada bahagian tertentu. Sudah tentu semua data-data yang
hendak diakses perlu melalui peranti pejabat. Betul?
Oleh sebab
itu, terjadinya peningkatan trend BYOD alias “Bring Your Own Device” alias
“Membawa Peranti Anda Sendiri” pada masa kini. Dengan itu, kita bukan sahaja menggunakan
peranti di pejabat tetapi juga menggunakan peranti anda sendiri di tempat kerja.
BYOD dengan kata lain BYOT (Bring Your Own Technology)
atau BYOP (Bring Your Own Phone) dan BYOPC
(Bring Your Own Personal Computer).
Begitulah dengan apa yang saya katakan dengan “Menggunakan peralatan sendiri untuk bekerja”. BYOD telahpun
bercambah di kebanyakan negara-negara luar, dan banyak juga organisasi yang
mula tertarik dengan sistem seperti ini. BYOD diyakini dapat meningkatkan
produktiviti organisasi. Tetapi pada masa yang sama, masih terlalu banyak untuk
kita mempelajari dan mendalami ilmu dalam menyambut trend BYOD pada masa
hadapan terutamanya dari segi keamanan, keselamatan dan aturan rangkaian sistem
di Negara kita. Sekiranya setiap pekerja yang menggunakan peranti sendiri dapat
memuat turun dan memuat naik aplikasi dan software
dengan mudah juga sangat bahaya, bukan? Oleh itu, setiap rangkaian organisasi
perlu dipertingkatkan keselamatannya agar tidak mudah untuk peranti-peranti
dari luar mengakses data-data organisasi.
Ini sahaja sepatah dua kata dari saya
mengenai BYOD, istilah yang bukan baru tetapi masih cukup asing pada halwa
telinga kita. Adakah kamu setuju jika kita bekerja menggunakan peranti sendiri
yang bakal menjadi trend masa hadapan, sekaligus akan menambahkan produktiviti?
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment